Friday 5 August 2011

bersedekah..pahala iklas atau tidak...fikir kan lah...

Bagi saya 
Kita bersedekah bila wujud satu keadaan yg boleh di tafsirkn seperti contoh berikut:-
1) Bila kita melihat seseorg yg susah, cacat , fakir dan seumpamanya.
2) Bila ada anak2 dari sekolah agama ke tahfiz ke ank yatim ke dan seumpamanya yg memohon bantuan sedekah.
banyak lagi contoh lain , namun kurang relevant dengan cerita nie.
Bersedekah adalah di galakkan dalam islam. ada sesiapa ke yg berani menafikan kenyataan saya ini?
Tanya diri sendiri ye, 
aku bersedekah utk apa ?
Jika utk mendpt redha Allah , maka anda tidak terlalu perlu utk memastikan personality peminta sedekah itu samada ada dia menyamar atau tulin. Yg pastinya kita tidak akan mampu utk menyelami lakonan, penyamaran dan seumpamanya, bukan kerja kita utk nak ikut jejak mereka, ambil gambar kehidupan mereka atau langkah lain seumpamanya. Kita bagi sedekah itu secara spontan dan tentunya dgn sedar bahawa ujud tuntutan agama Islam terhadap perbuatan kita itu.
Jadi pihak mana yg boleh berikan kita senarai nama peminta sedekah mana yg kita boleh beri duit???????
Adakah anda semua yakin bahawa tabung kutipan mangsa tsunami Aceh yg dianjurkan oleh badan2 besar spt TV***, dan yg lain2 diserata dunia ini tidak dimanipulasi duit sedekah kita, apakah ahli lembaga dan jawatan kuasa pengelola tabung itu tidak ambil langsung upah ke saguhati ke imbuhan ke kan ..dan seumpamanaya semasa mengendalikan duit2 kita kan. ????????? mmg la duit sedekah tu tidak ada resit, tidak boleh di audit kerana tiada bukti transaksi. Berapa juta yg dah sampai ke Acheh agaknya??? Berapa bilion ringgit yg manusia sedunia dah sedekah ?? fikir, renung, kaji, bandingkan, gunakan otak yg waras, secara pengamatan asas je dah cukup utk mendapatkan jawapan ye , samada ujud penyelewengan atau tidak ???????
Saya percaya walau kita tertipu kerana memberi sedekah kepada peminta sedekah yg menyamar ini, kita tidak lah sebodoh memberikan biasiswa berjumlah puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu ringgit kepada Sofiah seorg pelajar warganegara United Kingdom yg lebih bijak kemudiannya mencari duit dengan cara melacurkan diri.teringat lak kat dier..adus..gempaq tol kn...
Bagaimana kalau yg cacat itu warga negara Malaya sendiri ???? nak kena tanya ke peminta sedekah tu, "awak warganegara Malaya ke ?"hahaha..agak2 bole x?hihi
Persolan : Adakah anda menjadi susah/ miskin/ melarat/ merempat kerana memberi sedekah RM1 atau RM2 kpd peminta sedekah? Kalau jwpannye YA, saya syorkan anda jangan beri sedekah, kerana bila anda mengungkit-ungkit selepas memberi sedekah atau apa jua perbuatan baik, maka pahala yg pd asalnya ada akan hilang, segala usaha jadi rugi , duit habis pahala kosong, penat buat baik tapi pahala kosong.
Ingatlah ; salah satu kaum yg meniti sirat sepantas kilat ialah bila tangan kanan nya memberi, tangan kirinya pun tak tahu. Wallahua'lam
petikan di bwh nie saya ter ter terjah di blog seorg selebriti nie..maaf yer nie atas dasar pemikiran saya...

Baca, fikir dua kali bila hendak memberi…

Lebih Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal

Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
"Kemboja! Kemboja!"
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.
Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.
Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.
Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.
Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.
Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.
Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.
Menarik? Pelanduk dua serupa?
Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.
Ya, kejadian pelik.Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.
Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.

a kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.
Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.
Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.
Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya.
"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi...Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.

siapa kita untuk mengadili hal dunia...maaf ptg tadi saya ter ter terjah blog selebriti ini...
allahualam...

No comments:

Post a Comment