Friday 12 August 2011

rindu ibu




Orang kata saya lahir dari perut...ibu...(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan saya.... ibu       

Bila lapar, yang suapkan saya.... ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....ibu

Bila bangun tidur, aku cari.... ibu 

Bila nangis, orang pertama yang datang .... ibu

Bila nak bermanja, saya dekati...... . ibu     

Bila nak bergesel, saya duduk sebelah.... saya

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... ibu

Bila nakal, yang memarahi saya.... ibu

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... ibu        

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... ibu

Bila takut, yang tenangkan aku.... ibu

Bila nak peluk, yang saya suka peluk.... ibu

Saya selalu teringatkan ..... ibu            

Bila sedih saya mesti talipon..... ibu           
     
Bila seronok, orang pertama saya nak beritahu.....ibu                

Bila bengang.. saya suka luah pada.. ibu         
     
Bila takut, saya selalu panggil... "ibbuuuuuu!"   
     
Bila sakit, orang paling risau adalah.... ibu       

Dulu Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... ibu       

Bila buat hal, yang marah saya dulu...ibu      

Bila ada masalah, yang paling risau.... ibu             

Yang masih peluk dan cium saya sampai hari ni....ibu      

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... ibu      

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam, lauk pauk..... ibu
     
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang saya.... ibu   
 
Yang selalu berleter kat saya...ibu      

Yang selalu puji saya....ibu     
           
Yang selalu nasihat saya...... ibu           
     
Bila nak kahwin..Orang pertama saya tunjuk dan rujuk..... ibu
   


 Saya ada pasangan hidup sendiri....
       
Bila seronok, saya cari.....suami 
   
Bila sedih, saya cari.....ibu
 
Bila berjaya, saya ceritakan pada....suami     

Bila gagal, saya ceritakan pada.... ibu 
   
Bila bahagia, saya peluk erat....suami
     
Bila berduka, saya peluk erat.... ibu 

Bila nak bercuti, saya bawa.....suami dan anak        
     
Bila sibuk, saya hantar anak ke rumah..... ibu

Bila sambut valentine.. saya bagi hadiah pada suami  (eh tak boleh sambut valentine)

Bila sambut hari ibu...saya cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” (ade gak bg hadiah)

Selalu... saya ingat suami

Selalu.. ibu ingat kat saya
                
Bila-bila... . saya akan talipon suami 

Entah bila... saya nak talipon ibu...ish hari kot
Selalu...saya belikan hadiah untuk suami

Entah bila....saya


nak belikan hadiah untuk ibu       


Renungkan: 

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk ibu?ibu bukan nak 
 banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah wat belanje adik kau nie je

  ibu pon bukan nye nak sangat duit kau.....
  ibu cume nak tengok anak ibu je.....
  ibu cume nak pelok je anak ibu.....
  ibu cume nak cium je anak ibu je....                

 
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ..........
   


Tapi kalau ibu sudah tiada...... .....

IBUUUUUUU...RINDU IBU..... RINDU SANGAT....     
 

Berapa ramai yang sanggup   menyuapkan ibunya...... 
berapa ramai yang sanggup   mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup   mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup   membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup   membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup  berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
   
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... . 

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:


  1) Tolong pergi kedai : RM4.00

  2) Tolong jaga adik : RM4.00

  3) Tolong buang sampah : RM1.00

  4) Tolong kemas bilik : RM2.00

  5) Tolong siram bunga : RM3.00

  6) Tolong sapu sampah : RM3.00

  Jumlah : RM17.00 


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

  2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

  3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

  4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

 Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu..

Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 


*** IBU angah pun saya ibu...sumpah sayang sampai mati...sampai bila2..xde yg leh ganti lg ibu je..angah nk ibu je...sayang ibu sangat2....

Wednesday 10 August 2011

Kisah CINTA NORMA & TALIB

dalam MHI pg tadi..
tersentap tadi pagi bila tengok MHI..x sangka bergitu besar Allah menduga pasangan muda ini Norma dan Talib..norma di sah kan mengidap cancer otak tahap 4 dah banyak kali beliau dah banyak kali menjalani pembedahan..norma bertuah memiliki suami,keluarga dan keluarga mertua yang begitu mengambil berat tentang dirinya dan anak mereka rafiq yg kalo tak silap berusia 6bulan.
Mengikut cerita suami norma..norma pada mula nya hanya pening dan sakit kepala..mereka ulang alik ke hospital kerajaan hospital swasta klinik semua nya jawapan yg sama iaitu pembawak budak sedangkan waktu tu normah sudah peknen 7bln..selepas norma bersalin kesan tu ade lg sampai la suatu hari normah muntah dan talib bwk die ke hospital kerajaan dan norma disahkan menghidap cancer otak.tak tau nak cakap cane bila da bace sumer yg kak ipar norma tulis iaitu kak moon perasaan nie bercampau baur..sedey..sayu terase betapa sakit nya norma menangung kesan cancer tu..tp mengikut perkembangan blog kak moon norma semakin pulih cume memerlukan kos rawatan yg mahal utk membeli susu dan sebagai nya..ok kita tengok pic norma dulu yek..
inilah pasangan muda berkenaan Norma & Talib
talib suami norma sentiasa disisi isteri tercinta...talib merupakan pegawai penjara manakala norma seorang pendidik..talib akan menguruskan norma spt menuka lampin..menyedut kahak bg minum mkn sume talib buat..begitu tabah nya seorang suami yg bernama talib nie.tetibe col tya cik suami " kalo ayg sakit syg jage x ayg" terus cik suami tersentap tya kenapa tya cmtu..ntah x leh nk cerita dlm fon..sedey..nak tunjuk kat cik suami begitu syg n prihatin nya talib..semua suami seharusnya mencotohi sikap talib..k2 kita lyn pic diorg dulu k..
norma kena guna alat nie utk bg sokongan kat kaki die..sbb norma dah lame x berjln
skrg norma kat umah..
talib sentiasa setia menunggu isteri di dewan bedah
kesan bengkak di belakang ke[ala norma selepas operate
kak moon bersama baby norma n talib rafiq
rafiq yg ensem
pic norma n talib
sekarang norma hanya mampu mengunakan kata isyarat iaitu mata n kadang2 norma pun da boleh cakap..mesti seronok kan..ee teringin nk jupe norma n talib..nak bg sokongan kat norma bia la walau dgn kate2 je pun..jji saya leh jupe norma..mengikut cerita kak moon norma tinggal di balakong makna nya dekat ngan umah sy..norma sy ingin jupe awk..teringin sgt.
kalo korg nak bace kisah norma dan talib korang leh terjah blog kak moon..miera301.blogspot.com same2 kita doakan norma cepat sembuh yeh...tetibe lak rase sayu....




Friday 5 August 2011

duit baru RM6

hehe sakit kepala bengang..ade ke patut cik suami send pic nie kat hp saya...kata nya tuk duit raya bebudak tahun nie,....





bikin panas....


kalo korang pe korang rase...cm nk lempang x?????

bersedekah..pahala iklas atau tidak...fikir kan lah...

Bagi saya 
Kita bersedekah bila wujud satu keadaan yg boleh di tafsirkn seperti contoh berikut:-
1) Bila kita melihat seseorg yg susah, cacat , fakir dan seumpamanya.
2) Bila ada anak2 dari sekolah agama ke tahfiz ke ank yatim ke dan seumpamanya yg memohon bantuan sedekah.
banyak lagi contoh lain , namun kurang relevant dengan cerita nie.
Bersedekah adalah di galakkan dalam islam. ada sesiapa ke yg berani menafikan kenyataan saya ini?
Tanya diri sendiri ye, 
aku bersedekah utk apa ?
Jika utk mendpt redha Allah , maka anda tidak terlalu perlu utk memastikan personality peminta sedekah itu samada ada dia menyamar atau tulin. Yg pastinya kita tidak akan mampu utk menyelami lakonan, penyamaran dan seumpamanya, bukan kerja kita utk nak ikut jejak mereka, ambil gambar kehidupan mereka atau langkah lain seumpamanya. Kita bagi sedekah itu secara spontan dan tentunya dgn sedar bahawa ujud tuntutan agama Islam terhadap perbuatan kita itu.
Jadi pihak mana yg boleh berikan kita senarai nama peminta sedekah mana yg kita boleh beri duit???????
Adakah anda semua yakin bahawa tabung kutipan mangsa tsunami Aceh yg dianjurkan oleh badan2 besar spt TV***, dan yg lain2 diserata dunia ini tidak dimanipulasi duit sedekah kita, apakah ahli lembaga dan jawatan kuasa pengelola tabung itu tidak ambil langsung upah ke saguhati ke imbuhan ke kan ..dan seumpamanaya semasa mengendalikan duit2 kita kan. ????????? mmg la duit sedekah tu tidak ada resit, tidak boleh di audit kerana tiada bukti transaksi. Berapa juta yg dah sampai ke Acheh agaknya??? Berapa bilion ringgit yg manusia sedunia dah sedekah ?? fikir, renung, kaji, bandingkan, gunakan otak yg waras, secara pengamatan asas je dah cukup utk mendapatkan jawapan ye , samada ujud penyelewengan atau tidak ???????
Saya percaya walau kita tertipu kerana memberi sedekah kepada peminta sedekah yg menyamar ini, kita tidak lah sebodoh memberikan biasiswa berjumlah puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu ringgit kepada Sofiah seorg pelajar warganegara United Kingdom yg lebih bijak kemudiannya mencari duit dengan cara melacurkan diri.teringat lak kat dier..adus..gempaq tol kn...
Bagaimana kalau yg cacat itu warga negara Malaya sendiri ???? nak kena tanya ke peminta sedekah tu, "awak warganegara Malaya ke ?"hahaha..agak2 bole x?hihi
Persolan : Adakah anda menjadi susah/ miskin/ melarat/ merempat kerana memberi sedekah RM1 atau RM2 kpd peminta sedekah? Kalau jwpannye YA, saya syorkan anda jangan beri sedekah, kerana bila anda mengungkit-ungkit selepas memberi sedekah atau apa jua perbuatan baik, maka pahala yg pd asalnya ada akan hilang, segala usaha jadi rugi , duit habis pahala kosong, penat buat baik tapi pahala kosong.
Ingatlah ; salah satu kaum yg meniti sirat sepantas kilat ialah bila tangan kanan nya memberi, tangan kirinya pun tak tahu. Wallahua'lam
petikan di bwh nie saya ter ter terjah di blog seorg selebriti nie..maaf yer nie atas dasar pemikiran saya...

Baca, fikir dua kali bila hendak memberi…

Lebih Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal

Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
"Kemboja! Kemboja!"
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.
Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.
Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.
Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.
Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.
Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.
Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.
Menarik? Pelanduk dua serupa?
Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.
Ya, kejadian pelik.Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.
Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.

a kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.
Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.
Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.
Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya.
"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi...Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.

siapa kita untuk mengadili hal dunia...maaf ptg tadi saya ter ter terjah blog selebriti ini...
allahualam...

rindu IBU

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?
Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.
Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.
Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:


"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."

Wednesday 3 August 2011

KARAK.....

Sebenarnya Karak ada dua jalan,satu jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu…Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.

Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)

Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).



MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..
Lebuhraya
Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2.
Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3.Volkswagen kuning..
selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4.Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta itu hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya


Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

(sumber dari kosmo!)
Jalan Lama Karak
1.
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.
Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..
4.
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.
mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6
.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!
ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU.
GURUN,KEDAH

SUNGAI PETANI – Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.



Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

(sumber dari Kosmo!)


SUNGAI PETANI – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.

(sumber dari Kosmo!)

note **** curik dr email asben...kekeke......seram....





Tuesday 2 August 2011

anak ku...

azan asar sayup² dari flat umah saya...
damia dah siap bangun nak amik wuduk...sekarang damia dah tak payah suruh solat..
bacaan pun boleh la faham kadang² pelat die terkeluar jugak...
tersentuh hati seorang ibu bila tengok anak dah semakin membesar...
tetibe rase macam nak nanges tengok anak dah boleh buat sumer tu tanpa di suruh...
pasti nya korang akan rase macam mane saya rasa...sedey sebab anak dah semakin membesar..
semakin membesar dan membesar...
YA ALLAH JADIKAN ANAK KU SEORANG ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH...
MURAH KAN LA REZEKI NYA DUNIA AKIRAT..LINDUNGI LAH DIE..


doa anak untuk ibu dna ayah nya
sejuk ati ibu..ibu pose saje
amin...YA ALLAH makbulkan segala doa ank ku ini..


akak kena tau dan wajib tahu ibu dengan ayah sayang akak sangat2..