Thursday, 30 June 2011

T!PS MAU JAGA BABY DAAA

Masih ingat dengan post tips untuk ibu mengandung hahaha ini adalah sambungannya tips dan panduan yang sangat bermanfaat cara penjagaan bayi. Semoga mendapat manfaat :D
cara untuk mengangkat bayi
games yang menarik untuk bayi.. hahaha tak boleh blah ajak lawan chess
pemakaian tali pinggang keledar
tips berjalan dengan baby
tips untuk shopping dengan baby
tips bermain dengan baby
senaman untuk bayi.. pergh saya pon tak larat nak angkat bar bell tu
tips untuk mengurut bayi
cara mandikan bayi.. pergh kejam giler main sembur macam tu je
cara untuk mengeringkan bayi.. =.="
cara untuk bantu bayi dalam proses nak tumbuh gigi.. pergh ingat kambing ke bagi makan kasut
hahahahahahahaa adeh tak tau nak komen ape
cara menenang kan bayi..
cara untuk meransang bayi... hahaha sila jangan bagi baby tengok cerita blue
cara untuk mengeratkan hubungan dengan baby
cara untuk buatkan baby tersenyum.. haha apa kata suruh baby baca cisdel.com :D
cara untuk memperkenalkan baby pada binatang..
cara untuk bersihkan hidung baby.. pergh korek ikut nafsu tu.. haha
cara nak letak baby kat katil.. diulangi.. katil bukan drawer..
cara untuk jadikan rumah anda babyproof.. hoho teringat cerita old dogs
cara untuk memilih pengasuh yang sesuai
cara untuk test susu baby.. hahaha siap jelir lidah apsal tak teguk je botol tu
cara untuk bagi baby makan.. slumber je sumbat drumstick kat mulut baby tu
cara nak check lampin bayi.. hahahahahaha
cara untuk tukar lampin baby.. serius saya tak faham apa yang ibu tu sedang lakukan
sila jangan masukkan baby dalam sangkar.. =.="
cara untuk bedung bayi.. yg kanan tu macam bedung untuk burung hantar baby masuk ikut corong asap.. haha
cara untuk kejutkan baby.. pergh kalau pakai horn tu confirm baby sewel..
Demikian lah tadi tips yang berguna untuk ibu-bapa yang baru dapat baby contohnya Puan Mirza atau yg akan dpt bby cm saya Oleh sebab lembu cisdel dah hilang, kami terpaksa culik sorang baby suruh berlakon jadi lembu cisdel.. haha
baby jadi lembu cisdel

PANDUAN & TIPS UNTUK SAYA..MYB UNTUK ANDA JUGA !

hahaha tajuk post ini nampak macam pelik, tapi ini serius. Berikut adalah tips dan panduan untuk ibu mengandung. Tapi bukan sebarang panduan, panduan dan tips yang akan membuatkan korang berkata cisdel!!!..
tips untuk cuti bersalin
tips untuk praktis yoga
tips untuk pekerjaan ibu mengandung
tips untuk ujian mengandung
tanda-tanda ibu mengandung
baju yang sesuai untuk ibu mengandung.. erk..
shower games.. haha rasanya ni untuk baby shower atau kira macam majlis sambut baby
tips untuk berkongsi pakaian ibu mengandung
tips untuk memberitahu rakan-rakan tentang kandungan
tips ibu mengandung 11
tips untuk merakamkan kelahiran baby
tips ibu mengandung 12
tips untuk packing barang yang perlu dibawa ke hospital
tips ibu mengandung 13
tips bayangan ketika melahirkan anak nanti
tips ibu mengandung 14
tips untuk minum lebih banyak air.. hahaha tak tau nak translate macam mana
tips ibu mengandung 15
tips senaman untuk ibu mengandung
tips untuk ibu mengandung 16
tips untuk mendapatkan mak bidan
tips ibu mengandung 17
tips ibu mengandung 18
tips ketika menaiki kenderaan awam
tips ketika mengidam
tips ketika mengidam 2
tips ketika mengidam
hahaha macam mana? walaupun disampaikan dalam cara yang agak kelakar tapi ia tetap boleh dipraktikkan kepada semua bakal-bakal ibu.. hohoho

Petua Diet

Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.

Kenapa lar boleh jadi camtu?

Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!


Beratku cuma turun 3 kilo je?


Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer



1. Elak waktu makan


Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.


Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.



2. Enggan bersenam


Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.



3. Enggan menyentuh kalori


Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.



4. Hanya makan buah dan sayur


Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

Imej - Steve Baccon




5. Suka salad mayonis


Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...



6. Tak minum susu langsung


Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.


Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?

Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?



7. Penurunan berat badan yang mendadak


Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.



Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa dah puas berdiet, tapi berat masih tak turun-turun?" terjawab. < leh ker saya wat nie...minum susu pun susah!!! >


Sekian, terima kasih.